Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

saya

sayaSaya,..

Saya cuma insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan, kesalahan, malah melakukan dosa sama ada yang nyata ataupun tidak. Saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa jua dengan seikhlas hati nurani saya…

Saya tinggal di Shah Alam, Selangor dan kini bekerja sebagai ‘freelance Tourguide’. Pemandu pelancong dalam negara. Saya fikir saya memang sesuai melakukan kerja ini kerana minat saya yang mendalam untuk mengembara dan menjelajah di merata tempat.

Kebanyakan pelancong yang pernah saya bawa adalah dari benua Eropah seperti England, Germany, Netherland, France, Italy, Switzerland, Belgium, Luxemborg dan ada juga dari Martinique (Amerika Tengah).Saya gembira dengan tugasan saya kerana walaupun saya tidak mampu untuk melancong ke Eropah tetapi sedikit sebanyak saya dapat mempelajari budaya, cara hidup dan  pengalaman mereka sendiri.Selain daripada itu saya amat berminat dalam bidang pertanian, dimana baru-baru ini pada bulan November 2008 saya ada membuka sebuah kebun sayur di Batu Gajah, Perak dengan keluasan kira-kira 3 ekar.

Saya memang tiada pengalaman dalam bidang pertanian ini, namun disebabkan minat terhadap ‘nature’ yang mendalam saya memberanikan diri untuk mengeluarkan modal dan berbudi kepada tanah. Walaupun pengalaman saya amat cetek dalam bidang pertanian dan faktor kewangan yang amat terhad, saya nekad untuk terus mengembara ke dalam bidang ini secara konsisten.. Insyaallah.

Kini setelah lebih 6 bulan berlalu, baru saya mengerti bahawa bidang ini bukanlah semudah yang disangka. Ianya amat sukar dan penuh dengan rahsia tersendiri. Namun saya amat bertuah kerana mendapat sokongan keluarga yang berterusan terutama ibu mertua saya, Hjh. Maimon Hj. Noordin, adik ipar saya En. Hafizu, Mak Yang dan makcik2 saya yang lain serta 2 pekerja Bangladesh iaitu Mamat dan Ali..  Alhamdulillah, walaupun terdapat banyak kesukaran yang dihadapi namun segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik…

Lagi tentang saya,. Pada tahun ini umur saya semakin meningkat, sudah terlalu banyak daun-daun di luh-mahfuz berguguran untuk diri saya,. maklumlah dah 37tahun umur saya, pada perkiraan saya, hayat saya hanya boleh bertahan kira-kira 20 tahun saja lagi.  itupun jika diizinkan oleh yang maha pencipta, jika tidak… mungkin hari ini, esok atau lusa tiada siapa yang tahu.

Serba sedikit ringkasan tentang saya :-

  • Nama penuh, Khalid Bin Hassan
  • Nama lain, Qay
  • Asal, Kg. Janglau, Kuala Rompin Pahang.
  • Pekerjaan, Petani dan Pemandu pelancong
  • Tempat tinggal, Tmn TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor
  • Bil. Anak, 5 (3 lelaki, 2 perempuan)
  • Bil Isteri, Tentulah satu.
  • No tel, 019-222 9989
  • Email:  travellersgate@yahoo.com

my sons

langkawi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: