Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

Kembara bersama Mr/Mrs Holarcher

Saya mengembara lagi. Kira-kira 3 hari berehat dirumah selepas habis tugasan saya bersama Jacqueline Spuehler, saya mendapat tugasan baru. Kali ini perjalanan saya agak jauh, saya ditugaskan untuk membuat ‘roundtour’ selama 10hari. Local agent saya adalah RMG Tours, melalui Mr Tom Koh. Tom Koh ni sebenarnya tourguide juga, tapi beliau pandai cakap German kerana pernah tinggal di Switzerland selama beberapa tahun,.

Hari pertama,. 28April 09, Tampin – Melaka

Saya keluar dari rumah seawal jam 7am kerana saya ada pertemuan dengan Tom Koh untuk menyelesaikan beberapa urusan bersama beliau. Kemudian, saya meneruskan perjalanan melalui lebuhraya utara-selatan menuju ke Simpang Ampat/Alor Gajah. Keluar dari tol saya terus menuju ke Tampin untuk ke stesen kereta api Tampin. Kerana saya akan menjemput mr&mrs Holarcher yang menaiki kereta api dari Singapore dan dijangka tiba pada jam 12.45pm. Sementara menunggu kereta api tiba, biasanya saya akan cari surat khabar dan kedai kopi dulu, sebab bagi saya pekena kopi dan baca paper dapat merehatkan minda. Kemudian apabila waktu hampir tiba, saya terus menanti mr&mrs Holarcher di platform ketibaan, sebaik sahaja kereta api tiba dan penumpang turun dari gerabak saya terus dapat mengenal pasti ‘guest’ yang saya tunggu-tunggu sejak dari tadi lagi. Bukan susah nak kenal mereka kerana tidak ramai orang putih yang turun dari kereta api tu. Lantas saya menghampiri mereka dan buat-buat tanya ‘ini mr&mrs Holacher kan.. bila mereka jawap ‘ya’ saya terus memperkenalkan diri saya kepada mereka seperti biasalah. Saya bawa mereka ke kereta, loading barang then terus jalan menghala ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Dalam perjalanan tu saya berbual dengan mereka dan membuat suai-kenal dan sedikit lawak simple bagi menarik perhatian mereka. First Impression memang macam ni, apa-apa hal kita kena ‘tackle’ mereka dulu, tunjuk baik sket and ‘caring’, bagi mereka suka dengan kita, bila dah ada ‘chemistry’ baru senang nak buat kerja, apa kita cakap semua mereka percaya.

Sampai di Melaka saya bawa mereka lunch di Restoran Peranakan Baba and Nyonya, di jalan Tun Tan Cheng Lock sebelah Jonker Street. Kami makan masakan baba & Nyonya style, menu seperti biasa, udang masak lemak nenas, fillet ikan sweet sour, ayam berempah, sayur campur, dan buah-buahan. Memang lazat masakan baba & nyonya ni, sampai berpeluh mereka makan. Lepas menjamu selera, kami mulakan pengembaraan di Melaka, mula2 melawat tokong cina antara yang tertua di Malaysia iaitu Teng Hoon Cheng Temple, kemudian Masjid Kampung Kling juga antara yang tertua di Malaysia, kemudian kami berjalan di Jongker Walk, melihat-lihat kedai antic dan cendera mata. Setelah penat berjalan saya cadangkan kepada mereka untuk balik ke hotel dulu rehat dalam satu jam then kita sambung tour lagi, mereka kata okay je.. diperingkat ini saya dah ada ‘chemistry’ dengan mereka. Saya terus ke hotel Equatorial untuk menghantar mereka, manakala saya sendiri check-in di Fairway hotel berdekatan dengan hotel EQ. Selepas mandi, solat dan rehat seketika saya pun keluar untuk menyambung tour kami, saya bertemu mereka di hotel dan terus bawa mereka ke bangunan Stadhyus, parking kereta disana dan kami berjalan kaki ke crist churh dan kawasan sekitar, kemudian naik ke atas semula untuk ke st’ paul hill bagi melihat peninggalan sejarah penjajah eropah, portugis dan belanda kemudian british. Seterusnya kami turun menuju ke pintu gerbang A famosa (yang bereti famous atau popular), selepas itu kami terus berjalan melewati muzium-muzium yang banyak terdapat di Melaka dan akhirnya sampai di tempat parking kereta saya. Kemudian saya membawa mereka melawat kampung Morten, satu-satunya kampung tradisional melayu Melaka yang masih wujud di tengah-tengah Bandar Melaka. Kampung ni memang unik dan cantik sangat, saya bawa mereka singgah di salah sebuah rumah penduduk kampong tersebut iaitu rumah pak Ibrahim. Pak Ibrahim dan Isteri menyambut kami dengan mesra dan saya bawa mr/mrs holarcher meninjau kedalam rumah pak Ibrahim yang dijaga begitu rapi sekali. Sesudah melawat rumah tradisional orang Melaka, kami pun beredar dari kg. Morten kerana tour pada petang itu sudahpun berakhir, bagaimanapun Mr/Mrs Holarcher meminta saya meninggalkan mereka di hadapan bangunan merah kerana mereka ingin berjalan kaki untuk pulang ke hotel. Maka selesailah tugasan saya pada hari itu dan saya terus kembali ke hotel Fairway untuk berehat.

Senja tu saya keluar makan di gerai asam pedas dekat foodcourt sebelah sungai melaka. Asam pedas tenggiri kat sini memang ada taste,. Kalau datang Melaka saya mesti nak makan asam pedas kat sini, lagi best dari asam pedas pokok besar, kota laksamana.

Advertisements

May 18, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Travel with Jaqueline Spuehler

Assalamualaikum whb.

Awal pagi tu saya bergerak dari Parit Buntar menuju ke Penang,. Ada assignment, guiding sorang minah saleh dari Switzerland. Sampai di hotel E&O saya pun bertemu dengan seorang wanita pertengahan umur, kira-kira 42 tahun agaknya.

Seperti biasa mengikut protokol saya perkenalkan diri, dan berbual seketika. Kemudian kami pun memulakan perjalanan menuju ke Cameron Highland. Dalam perjalanan memang banyak benda yang kami bualkan, butik maktamtak sangka dia ni memang kelakar orangnya, bila bercakap siap dengan tangan pun bercakap jugak.. Kami lalu ikut jambatan Pulau Pinang, kemudian masuk lebuh raya utara selatan, kira-kira sejam perjalanan saya singgah di Kuala Kangsar, melawat Masjid Ubuddiah, Istana Iskandariah dan juga Istana Kenangan. Istana Iskandariah bukannya boleh masuk dalam cuma sekadar melawat dari luar dan berhenti sebentar di kawasan ‘heli-pad’ untuk ambik gambar. Walau bagaimanapun di Istana Kenangan memang sangat unik, Istana Kenangan atau Istana Tapas ni sekarang dah jadi Muzium Di Raja, dulu masa Istana besar Iskandariah sedang dalam pembinaan Sultan Iskandar bersemayam di Istana kayu ini sementara untuk menanti Istana besar siap dibina.

Selesai melawat Kuala Kangsar Bandar Di Raja, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya iaitu Bandaraya Ipoh. Saya berhenti seketika di Padang Ipoh, melihat-lihat kawasan sekeling, memang menarik kerana terdapat banyak bangunan bersejarah peninggalan penjajah British seperti St. Michael School, Bangunan Mahkamah tinggi Ipoh, Stesen Kereta api dan banyak lagi bangunan yang bercirikan moorish. Sebenernya Ipoh ni adalah antara bandar kegemaran saya kerana ia berdekatan dengan kebun saya di Batu Gajah, Cuma kira-kira 15km sahaja dari pusat bandar, lagipun saya memang banyak maklumat pasal ipoh.

DSC06306

Padang, Ipoh

Pada zaman British dulu, Ipoh sangat terkenal dan amat kaya dengan sumber galian iaitu bijih timah, ramai tauke-tauke lombong jadi kaya disebabkan harga bijih timah yang tinggi pada masa itu, kebanyakan mereka terdiri daripada orang cina yang merantau ke negeri ini dan seterusnya membina empayar perniagaan berasaskan lombong bijih timah. Bandar Ipoh dikelilingi oleh bukit batu kapur yang sangat indah, sekiranya kita berdiri di tempat yang agak tinggi di tengah-tengah bandaraya Ipoh, kita akan dapat melihat bukit-bukit batu kapur tersebut dengan jelas. Menurut riwayat pada era tersebut, masyarakat cina di Ipoh mempercayai bahawa terdapat seekor naga yang mendiami salah sebuah bukit batu kapur itu yang menjaga kemakmuran penduduk di Ipoh, lantaran ekonomi mereka sangat baik pada waktu itu. Mereka memanggil naga tersebut dengan paggilan ‘Taiko’.

Tetapi malangnya pada lewat tahun 1930an, ekonomi pada ketika itu jatuh merundum dengan teruk sekali, harga bijih timah terjejas teruk. Maka tercetuslah panic dikalangan pengusaha lombong, ada yang bankrap dan ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri bagi mengelakkan

Sam Poh Tong Temple, Ipoh

Sam Poh Tong Temple, Ipoh

kesusahan yang dihadapi.. Masyarakat cina pada ketika itu mempercayai bahawa naga yang bernama ‘Taiko’ tersebut telah mati atau ditimpa kecederaan dan tidak dapat lagi membawa kemakmuran kepada mereka.

Setelah beberapa tahun melalui krisis ekonomi tersebut, telah berlaku suatu kemalangan yang amat dahsyat di sebuah bukit batu kapur di Ipoh, bukit batu kapur tersebut runtuh lalu mengenai lebih 30 orang penduduk di kawasan terbabit, kesemua mereka dilaporkan meninggal dunia. Akibat dari kejadian tersebut, masyarakat cina di Ipoh mula mengesyaki ‘Taiko’ telah kembali. Mereka mula mencari-cari apakah perniagaan yang sesuai dilakukan ketika itu, dan dengan melakukan sedikit ‘research’ di kawasan bukit batu kapur yang runtuh tersebut mereka menemui kepingan batu marmar yang cantik-cantik belaka. Bermula dari situ mereka telah memulakan perniagaan dengan memotong batu-batu marmar kepada kepingan yang kecil supaya dapat dijadikan lantai rumah yang cantik.

Kini, terdapat banyak kilang marmar yang berkembang dengan pesat di Ipoh, terdapat juga syarikat dari luar negara yang menjalankan perniagaan ini di Ipoh dan juga kuari yang memproses batu untuk pembinaan jalan raya dan sebagainya. Sementara itu terdapat juga syarikat2 yang menjalankan perniagaan menjual mesin-mesin berat seperti kren, jentolak, excavator dan banyak lagi untuk kegunaan kuari dan sebagainya.

Itu hanyalah serba sedikit cerita tentang Ipoh yang dapat saya catatkan disini, mungkin lain kali insyaallah saya akan catatkan lagi.

Setelah berlegar seketika di Bandar Ipoh kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Simpang Pulai untuk makan tengah hari. Saya bawa Jaqueline makan ikan bakar, turun dari kereta dia mengenakan selendang kepala,j makan nasi sampai di restoran tu saya minta ikan keli bakar, ikan talapia merah bakar dan sayur keladi masak asam serta sambal belacan dan ulam. Saya tengok bukan main berselera lagi Jaqueline makan, tapi agak kekok sedikit sebab pertama kali makan guna tangan, nak belajar cara melayu katanya.

Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Cameron melalui Tapah, sampai Tapah saya bawa J ke kilang buat raga buluh, berhenti di sana dan beri penerangan serta ambil gambar. Kemudian terus ke air terjun Lata Iskandar,. Sementara saya berehat seketika di gerai akar kayu milik seorang kawan disitu, J terus sahaja mengexplore hutan rekreasi di sekitar air terjun Lata Iskandar dan kira-kira setengah jam barulah kami teruskan perjalanan.

Sampai di Cameron Highland dah agak lewat petang, saya terus sahaja ke hotel Lake House Resort dan minum dulu ‘welcome drink’ kat coffe house, DSC06245sementara tu kami berbual-bual dan berbincang tentang program untuk hari esok. Sebenarnya untuk hari esok dalam ‘tour pakage’ ni tidak ada program, free & leisure je.. Tapi biasanya bila tiada program, saya sebagai ‘tourguide’ akan cadangkan beberapa aktiviti untuk dilakukan pada keesokan harinya. Selalunya di Cameron kami akan melawat tempat-tempat seperti ladang teh Sungai Palas (BOH Tea), taman rama-rama, taman bunga, kebun sayur (KEA Farm) dan melakukan aktiviti ‘jungle walk’. Selesai checkin untuk J, saya seperti biasa akan buat hal sendiri. Biasa jumpa member dulu di Tanah Rata, sambil makan, minum dan berbual2 kemudian saya turun balik ke Habu untuk menginap di farm house milik seorang kawan disana (Abg Ali).

Sampai di farmhouse abg Ali dah agak lewat kira2 jam 7.30pm, lepas solat saya dijamu makan malam, abg Ali ni baik orangnya, bila saya datang macam2 lauk dimasaknya, gulai ayam dan macam2 sayur fresh dia masak nak bagi saya makan. Kebun abg Ali banyak sayur, boleh kata semua jenis sayur yang ditanam menjadi.

Cameroon Highland.

Pagi2 saya bangun jam 6.30am, mandi ‘hot shower’ then solat. Lepas tu kena secawan milo panas sementara tunggu abg Ali buat breakfast. Lepas breakfast saya lepak kejap then tolong abg Ali buat keja apa-apa yang patut. Tour saya dengan J lambat lagi, sebab J mintak buat tour jam 12pm, katanya dah penat jalan jauh then nak relax dulu layan internet la..

Jam 11.30 saya dah siap-siap kemas barang nak keluar jumpa J, sampai di Hotel saya tunggu sebentar then baru nampak J turun. Saya dan J terus masuk kereta dan beredar. Destinasi pertama, kami singgah di Bharat Tea, menikmati pemandangan ladang teh tepi jalan terbentang luas, tengok dari atas macam carpet hijau, sungguh indah panorama pada waktu tu, kombinasi ladang teh, hutan, bukit, air terjun dan sedikit awan di lereng bukit memang mengagumkan. Kemudian kami naik lagi ke atas melalui Tanah Rata, Brincang dan kemudian berhenti di Kea Farm market. Saya bawa J, jalan2 di gerai yang menjual bermacam jenis sayuran dan buah-buahan yang terdapat di cmh, kami juga melawat gerai yang menjual bunga-bunga segar dan madu lebah di pasar tu. Dalam lawatan tersebut saya akan menerangkan satu persatu hasil pertanian yang terdapat di cmh.

Selesai melawat Kea Farm market, kami meneruskan pengembaraan dengan menuju ke BOH Tea Sg, Palas. Sampai di kilang teh, saya bawa J masuk ke dalam kilang untuk memberi penerangan tentang proses2 penting pengeluaran teh tanah tinggi di Malaysia, bermula dari asal usul teh, penanaman, penjagaan, penuaian dan seterusnya pembuatan teh hitam. Kemudian kami ke ‘video room’ untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti syarikat BOH tea.

Di BOH tea kami juga meluangkan masa untuk minum teh di kedai teh yang disediakan. Pemandangan disini cukup indah, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Dalam perjalanan keluar dari BOH tea, kami sempat berhenti melihat kerja-kerja menuai daun teh, J seperti biasa dengan Canon EOSnya sibuk merakamkan gambar2 pekerja ladang sedang bekerja. Kami teruskan perjalanan lagi, saya bawa J melalui kampung Melayu yang pertama di Cameron Highland iaitu Kg. Taman Sedia. Di sana kami singgah minum di kedai seorang kawan, Faizal namanya. Dulu Faizal ni bekerja sebagai chef di hotel tapi kini dah buka kedai sendiri, kami berbual panjang, Faizal seronok bercerita dengan J, macam-macam info keluar.

Kira2 45minit berbual dengan Faizal, kami meneruskan perjalanan lagi, kali ni ke Robinson Fall, path 9, di Tanah Rata. Sampai di sana kami mulakan ‘jungle trekking’ yang tak seberapa tu, tapi ia amat bermakna bagi J. Saya fikir J amat berpuas hati dengan program kami hari ini.

Cameron Highland – Kuala Tembeling

Pagi-pagi lagi saya dah keluar dari rumah kebun abg Ali, hari ni saya breakfast kat luar sebab nak cepat sebab perjalanan saya agak jauh hari ni. Kira-kira jam 8am saya dan J dah mulakan perjalanan, mengikut jadual, kami dikehendaki sampai di jeti Kuala Tembeling sebelum jam 1.45pm kerana bot akan berlepas pada waktu itu. Saya menghala ke Gua Musang, Kelantan melalui Lojing, kira-kira 1jam 45minit, kami tiba di Gua Musang dan berhenti seketika untuk ‘refreshment’. Kami minum kopi di gerai sebelah Petronas, then teruskan perjalanan lagi menuju

ke Kuala Lipis, sampai di sana saya ikut jalan dalam terus menuju ke Kuala Tembeling. Tepat jam 1.00pm kami tiba di jeti K.Tembeling, selesai check-in dengan Mutiara Resort Taman Negara dan bayar cukai masuk serta cukai camera. Kami makan tengah hari dulu di jeti tersebut sambil berbual, bertukar email dan sebagainya, saya meminta J menulis dalam ‘personal guest book’ saya. Biasalah, hari ni adalah hari terakhir saya berkhidmat untuk J, pada kebiasaannya saya memang tidak lupa untuk meminta setiap pelancong yang saya bawa untuk menulis sesuatu di dalam buku tetamu saya sebagai kenangan atau rujukan dimasa hadapan.

Setelah J menaiki bot panjang untuk ke taman Negara, saya terus menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke Shah Alam. Dalam perjalanan teringat pula ada seorang kawan yang tinggal di Kuala Krau, Jerantut, kawan sekampung saya. Namanya Zubir, saya menghubungi Zubir untuk bertemu denganya di pekan Kuala Krau, tapi sebaliknya dia pula yang mengajak saya datang kerumahnya untuk makan nasi, saya beritahu dia yang saya dah makan tapi di berkeras mengatakan semuanya dah disiapkan. Terpaksalah saya menerima pelawaan Zubir. Selesai makan, kami berbual seketika dan tibalah masa untuk saya meneruskan perjalanan. Dari Kuala Krau saya menuju ke Temerloh dan masuk ke lebuhraya timur barat, kemudian melalui Lancang, Bentong, Genting Sempah dan akhirnya tiba di tol Gombak. Kira-kira 3jam setengah perjalanan, saya selamat sampai ke rumah saya di Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Sekian…

May 18, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Hello world!, Travel travellers

Assalamualaikum whb…

Salam sejahtera buat semua. Sebenarnya saya baru je creat blog ni. Biasalah benda baru akan ada banyak salah dan silapnya, kira try and error la jugak. Tapi saya akan cuba belajar dan terus belajar.. seperti pengembaraan yang tiada penghujung..

Wassalam.

May 17, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment