Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

Kuantan – Kuala Lumpur

Seperti biasa saya bangun pagi, mandi, solat then b’fast. Kemas barang and checkout. Jumpa guest kat hotel then sambung lagi travel and tour… Mula2 saya bawak mereka melawat kampung nelayan di Beserah, tengok orang siang ikan nak buat ikan masin, rebus ikan bilis nak jemur then tengok kerbau balau. Kat sini unik sebab nelayan guna kerbau balau tunda ikan dari bot ke tempat proses. Kerbau tu bapak punya besar.. kami pusing2 dulu kat kampung tu then singgah kat tempat orang proses buat sate. Dah habis tour and explaination kami terus gerak ke KL, lalu ikut lebuh raya timur barat then singgah kat R&R Temerloh, rehat kejap sambil minum kopi dan makan kueh. Kami teruskan perjalanan then singgah lagi di hutan rekrasi Lentang, streching sket. kat sini sejuk je, ada canopy walk, waterfall dan pokok2 hutan. Perjalanan kami ke KL dah tak jauh, moreless, 45minit lagi sampai la KL. Dalam perjalanan tu kami borak panjang., maklumlah dah 10hari kami travel bersama, dan dah ada chemistry and personal touch la katakan. lepas ni mereka nak ke Jakarta then sambung tour kat Central Java plak. Mr/Mrs Holarcher invite saya lunch dengan mereka tapi mintak saya decide nak lunch kat mana, saya tanya nak makan style apa dan level apa, low,medium or high class… Mereka cakap up to you and u decide. Saya tak fikir panjang terus je bawak ke kampung Baru, makan kat Anuar Tomyam je,. Kat sini masakannya ada taste, sapa2 yang dah pernah datang makan kat sini mesti nak datang lagi kan.. Saya pun apa lagi oder la yang biasa2 je tp byk jugak la, sup tulang, tomyam campur, burung puyuh goreng kunyit, daging merah, kailan ikan masin, telur dadar, sambal belacan. smua buat 2 orang makan. Wah saya tengok mat saleh ni punya berselera makan kat sini. Anyway tahniah la en. Anuar sebab dapat pujian dari orang swiss. Harga pun sangat berpatutan.
Selesai makan saya hantar mereka ke hotel, time tu sangat sentimental, saya tengok mata mr holarcer dah berkaca, nampak sgt kesedihan dia sebab terpaksa berpisah dengan saya, mrs holacher pulak peluk and cium pipi saya kiri-kanan, punya la segan saya dengan orang sekeliling, tapi ini dah jd budaya mereka, moga2 Allah ampunkan dosa-dosa saya.

May 23, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Tasik Kenyir – Kuantan

Assalamualaikum whb…
Pagi2 lagi saya jumpa Mr/mrs Holarcher, mood mereka sgt baik, cuma dia complain sebab cuma dapat one night stay kat Kenyir ni, tak sempat buat apa2.. Mereka cakap ‘this is really tropical heaven and we will come back soon…’ then aku cuba phsyco mereka, this is not the only tropical heaven in my country, there are many more paradise around the country.. saje je bagi mereka tambah excited lg.
Kami gerak dari Lake Kenyir dalam kol 9.10am, saya ikut jalan Kuala Berang – Ajil, Kg. Bukit Kapit – Marang. Sampai Marang saya ke jeti cari bot nak buat river cruise, jumpa pakcik mamat tapi bot dia mahal coz bot besar, saya decide pegi tempat lain dekat tempat nelayan seberang sungai, kebetulan jumpa Mat Nor, dia ni nelayan aku mintak dia buat rivercruise dengan bot dia, aku offer dia rm150.00 dia ckp okay. Then kami pun terus la menyusur sungai Marang, memang cantik.. dengan pokok bakau disepanjang tebing, fishfarm, helang tengah sambar ikan, iguana(biawak) dan monyet pun ada yang tangkap ikan. suasana tu memang best. Kira guest saya ni kagum betul lah masa tu. Lebih kurang sejam menyusur sungai kami sampai kat sebuah kampung tradisional yang cantik sangat di tepi sungai Marang tu. We all singgah then saya pun bawak la mat saleh ni melawat kat kampung ni, pegi tengok orang buat gula melaka, atap nipah, repair pukat, tengok lembu, kerbau, ayam, itik dan macam2 lagi.
Dah habis menyusur sungai kami pun teruskan perjalanan ke Kuantan, lalu Rantau Abang Dungun then singgah kat Tanjung Jara berhenti makan kat Cee Bee Wee Seafood, kat sini makan ala Thai memang sedap masakan dia, pekena tomyam campur, sayur kangkong, daging rusa dan sambal belacan. Mr/mrs Holarcher tak habis-habis puji masakan ni sedap, dia ckp ‘Qay, you are always know what we like to eat, this is great meal.’at home we though in Malaysia we only can eat mcdonald and kfc only. You’re real ambassador for your country Qay”
Hehe, nak gelak jugak saya..
Then abis makan we all sambung perjalanan lg.. kami berhenti lagi, kali ni kat pantai Kemasik, sapa2 yang pernah pegi Pantai Kemasik ni memang tau bertapa cantiknya pantai di laut cina selatan ni, kombinasi bukit/gua batu kapur, pasir halus yang putih, air yang jernih memang tak bleh cakap la indahnya ciptaan Allah yang maha esa. Kami makan kopok lekor dulu then teruskan lagi pengembaraan. Sampai di Kijal saya berhenti kejap kat gerai lemang no 14B, Pak Harun nama ownernya. Saya explain pasal buat lemang, then makan lemang dulu baru sambung perjalanan. Dekat nak sampai ke bandar Kemaman ada berlaku kesesakan trafic, rupanya JPJ buat hal plak mana tak jem mereka buat sekatan waktu puncak,. dalam 15min perjalanan kami dah sampai sempadan T’ganu – Pahang, sekali ada lagi roadblock.. kali ni polis pulak. Slowly kami gerak sampai lah Cherating, kami singgah dulu di Turtle Sanctuary dekat dengan ClubMed, tengok penyu dulu, lepas main2 dengan anak2 penyu kami ke craft centre, tengok orang buat tikar mengkuang dan barang kraf tangan yang lain.
Kami teruskan perjalanan lalu ikut pelabuhan Kuantan then sampai lah kat Swiss Garden Resort, dah settle checkin kan mat saleh 2 ekor ni saya pun terus gerak ke bandar Kuantan kira2 15km dari Swiss Garden dan saya pun bermalam lah di guesthouse kat Kuantan.

May 22, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Kota Bharu – Kenyir

Assalamualaikum whb.
Then pagi tu we all kuar dari hotel buat tour kat KB dulu, mula2 melawat pasar besar Siti Khadijah, then Istana Jahar, Kraft Centre, silver making serta beberapa spot menarik kat bandar KB. Lebih kurang 2jam kami merayau-rayau kat KB, then tibalah masa nak gerak ke Kuala Terengganu, kami gerak dlm kol 11.30 pagi, on the way tu singgah kat pasir puteh, kalau tak silap kg. wakaf bunut nama tempat tu, berheti tengok makcik tu buat kueh bahulu tradisional n kueh akok, kami pun makan la kueh tu memang lazaaat.. Then saya teruskan perjalanan ikut jalan pantai, singgah Kuala Besut ronda2 dulu then dah tengah hari saya masuk ke pantai Bukit Keluang, makan dulu kat Bk. Keluang Resorts, suasana memang cantik, makan dalam taman dpn swiming pool. Lepas makan we all terus gerak ikut Kg. Raja – Pengkalan Gelap then singgah kat Kg. Fikri (dulu kg. Kepayang) tp disebabkan kg. kepayang depan pantai dah naik air org kampung situ semua pindah ke kg. Fikri. Mereka semua ni nelayan, kira hardcore punya nelayan. Buat ikan kering, bilis, belacan, budu dll. biasanya orang luar pun datang sini beli ‘raw material’ utk buat budu n belacan.
Well, lepas buat lawatan kat Kg. Fikri kami terus menuju ke K.T’ganu, kami singgah sebentar di tempat buat kapal layar dekat Pulau Duyong, boat maker tu namanya Hj. Abdullah, tapi orang panggil dia Pak Lah. Pak Lah ni memang mahir buat kapal layar sejak dari tahun 1969 lg. Sapa2 yang melawat Terengganu mesti nak tengok tempat ni.
Masih lagi di Pulau Duyung saya bawa mat saleh 2ekor ni tengok masjid kristal dari seberang sungai pulak, cantik sangat masjid ni macam terapung dalam sungai.
Then saya teruskan perjalanan ke bandar T’ggnu tengok orang buat batik tradisional dan barangan tembaga. Lepas abis tour tu kami singgah minum petang dekat foodcourt tepi laut, dekat dgn tempat perlumbaan formula one boat.
Dalam program sepatutnya saya kena bawak guest ni buat river cruise di sungai Marang, tapi di sebabkan hari dah lewat petang dan cuaca mendung semacam je saya cakap kita naik bot esok je. Lepas tu aku patah balik ikut jalan ke Permaisuri menghala ke KB , then terus ke Tasik Kenyir. Guest saya tinggal kat Lake Kenyir Resort & Spa. Selepas selesai urusan checkin saya pun buat la hal sendiri. Mula2 cari kawan dulu, namanya Bahari, member ni memang best dia keja bawak bot house kat Kenyir. Jumpa Bahari then bawak dia gi minum dulu, abis borak2 kosong then cari Nizam plak. Nizam ni jaga fishfarm kat salah satu pulau di Tasik Kenyir. Malam tu Nizam jemput saya dengan bot dia di jeti Pengkalan Gawi then bawak saya ke farmhouse kat pulau dia, pulau dia kecik je lebih kurang 2hektar. Kat sana memang best, tasik melaut, pohon2 menghijau, suasana memang cantik. Saya menginap di farmhouse Nizam, dah jumpa member biasalah sembang sampai lewat pagi then baru tido.
Bangun pagi kol 6.30, cuaca suram je coz masih awal lagi. Masak air buat kopi sambil lepak kat veranda farmhouse, tengok sekeliling memang menakjubkan alam ciptaan Tuhan yang maha Esa.. Rasa tak cukup masa nak lepak kat farmhouse nizam, kejap sangat dah kena balik. Dalam kol 7.45am saya dan nizam dah siap2 nak ke mainland, sebelum tu bagi makan ikan dulu dan halau sekumpulan memerang yang slalu makan ikan dlm sangkar..
Then kami pun naik bot dan memang best la suasana pagi tu. sampai kat jeti kami breakfast dulu kat kedai mansor di tepi tasik tu.. then baru siap2 kemas barang dalam keta serta minta diri dulu dari nizam dan insyaallah jika ada kesempatan nanti jumpa lagi..

May 20, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Penang – Kota Bharu

Kami memulakan perjalanan tepat jam 9 pagi, saya menggunakan feri untuk ke tanah besar, didalam feri kami mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar untuk kenangan. Sampai di tanah besar kami menuju ke arah Kulim, kira-kira 25min perjalanan kami singgah sebentar di sebuah ladang betik yang agak luas di tepi jalan tersebut. Kami masuk melawat ke ladang betik seluas 50ekar tersebut dan menemui pemilik ladang itu yang bernama Ahwat. Sebenarnya Ahwat ni orang siam, beliau telah lama mengusahakan ladang ini, selain betik beliau turut menanam pisang dan juga jagung. Saya kagum dengan kegigihan Ahwat mengusahakan ladang ini, selain banyak kelengkapan moden yang dimiliki Ahwat beliau juga mahir menjaga ladang tersebut dengan baik dan dibantu oleh seramai 20 orang pekerja. Selepas lawatan itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Grik, dalam perjalanan kami hanya berdiam diri untuk menikmati pemandangan hutan tropika kurniaan Ilahi yang amat mengasyikan di kiri dan kanan jalan kemudian singgah lagi di kawasan rehat untuk ‘refreshment’, setelah minum kopi kami bergerak menuju ke Pulau Banding. Saya berhenti di jeti awam Pulau Banding untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha esa. Tasik Temenggor yang luas terbentang amat mengagumkan kami., tasik ‘buatan’ yang kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir, walau bagaimanapun ia mempunyai dasar yang paling dalam berbanding tasik-tasik lain di Malaysia. Selepas beberapa ketika di Pulau Banding kami meneruskan perjalanan lagi, dan seterusnya berhenti di kawasan rehat Titiwangsa, disini kami berada di altitude yang agak tinggi, dan tempat ini dikenali sebagai ‘top of the roof’ disini juga kami dapat melihat pemandangan hutan yang amat luas dan jelas serta amat menarik. Setelah meninjau kawasan sekitar kami makan dulu di restoran berhampiran., Dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, perjalanan agak jauh melalui hutan, ladang getah, kawasan kampung dan pekan kecil. Akhirnya kami tiba di Rantau Panjang, kami berhenti untuk berehat seketika dan melawat kawasan sekitar. Kami ke jeti pengkalan ‘ilegal’, seronok melihat aktiviti seharian

Sungai Golok, Rantau Panjang

Sungai Golok, Rantau Panjang

penduduk setempat, berulang-alik menaiki bot melintas sempadan tanpa ada apa-apa halangan. Setelah itu kami bersiar-siar di bazar besar Ranta Panjang dan singgah di sebuah restoran tempatan ntuk minum petang. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu kira-kira 45km dari ranta Panjang. Kami tiba di Renaissance Hotel sudah agak lewat petang. Setelah membantu mereka check-in hotel, saya seperti biasa membawa haluan saya sendiri. Biasanya cari hotel budget je, di Kota Bharu saya selalunya saya akan menginap di hotel milik kawan saya iaitu ‘Bob’. Bob ni

jeti Sg. Golok (illegal)

jeti Sg. Golok (illegal)

sebenarnya nature guide, beliau selalu buat ‘tour pakage’ ke Gunong Stong kat Gua Musang. Memang cantik sangat-sangat tempat tu. Setelah check-in, saya mandi dan solat dulu kemudian cari tempat makan. Biasanya saya akan ke Buloh Kubu, makan nasi kukus Zieman. Nasi kukus Zieman memang meletup, try sekali mesti cari lagi. Cayalah Zieman…

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Cameron Highland – Penang

CMH – Penang

Awal pagi lagi saya dah keluar menuju ke Tanah Rata, saya singgah minum dulu di kedai seorang kawan ‘sinar pagi’, kemudian terus ke hotel untuk mengambil mr/mrs Holarcher. Kami mulakan pengembaraan denganDSC06236 singgah di gerai menjual hasil pertanian dari Cameron Highland, di Kea Farm. Setelah itu kami terus menuju kearah Kuala Terla – Kg. Raja – Simpang Pulai dan Batu Gajah, kami singgah di Kelly Castle untuk membuat lawatan disana. Kebetulan KC amat berdekatan dengan kebun saya dan juga rumah ibu mertua saya, saya membuat kejutan dengan membawa mereka lunch di rumah ibu mertua saya, mula-mula mereka agak malu untuk menerima pelawaan saya kerana ia adalah diluar tour program, tapi saya katakana semuanya telah dirancang dengan baik barulah mereka bersetuju. Di rumah, ibu telah menyiapkan hidangan yang lazat-lazat, siap dengan gulai lemak ikan tilapia, Ikan jelawat bakar dan air asam, ikan masin, sambal belacan, pucuk ubi rebus dan ikan goreng. Mereka makan dengan penuh selera. Mrs Holarcher tak putus-putus puji masakan ibu. (hingga dihujung tour kami, mereka cakap makan dirumah ibu sayalah yang paling sedap dan amat bermakna bagi mereka). Selepas itu saya bawa mereka melawat kebun saya yang tak seberapa tu, nampaknya mereka amat gembira dengan ‘free optional tour’ ni. Kami sambung muzium diraja kkperjalanan lagi dengan menuju ke Kuala Kangsar, disana seperti biasa saya bawa mereka melawat Masjid Ubuddiah, Istana Iskandariah, Muzium di RajaDSC06309 dan akhir sekali kami melawat pokok getah yang pertama di tanam di Malaysia. Setelah itu kami bergerak menuju ke Penang melalui lebuh raya utara-selatan, kemudian masuk melalui jambatan Pulau Pinang. Sampai di hotel, saya mencadangkan kepada mr/mrs Holarcher untuk keluar makan malam di Batu Feringgi dan melawat pasar malam seperti ‘china town’ yang terdapat di sana. Mereka bersetuju dan saya akan kembali untuk mengambil mereka kira-kira sejam selepas itu kerana saya pun nak chek-in jugak, mandi dan solat dulu. Jam 7.45pm saya sampai di hotel mereka dan kami terus ke Batu Feringgi. Mula-mula makan dulu di Long Beach foodcourt, kami makan char koey tiaw, sate dan spring roll, kemudian berjalan-jalan di pasar malam sambil memerhatikan gelagat orang ramai disana. Kira-kira 2jam kami menghabiskan masa di Batu Feringgi, kami pun pulang ke hotel di George Town.

George Town.

Saya bersarapan di gerai mamak berhampiran hotel, kena roti canai daging memang terangkat jugak,. Kemudian saya menjemput mr/mrs Holarcher di hotel untuk menjelajah George Town. Mula-mula kami ke Thai temple ‘Watchayyamangalaram’ (kawan-kawan tourguide paggil wacayasamalu), disini terdapat sleeping Buddha yang ke2 terbesar di Malaysia, kemudian kami ke Burmese temple, botanical garden, Fort Cornwallis, Chew Jetty, Khoo Kongsi dan kemudian makan di little India (restoran Tajuddin), restoran ni memang top kat Penang, nasi kandarnya sedap (style masak macam di rumah), kami makan gulai ayam belanda dan ayam masak ros serta sedikit udang. Setelah penat makan saya bertanya adakah mereka ingin kemana-mana lagi kerana tour kita telah habis, mereka kata nak rehat di hotel, sebenarnya inilah masa yang saya nanti-nantikan, bolehlah saya pun berehat panjang kerana perjalan esok agak jauh kira-kira 370 km ke Kota Bharu, Kelantan.

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

KL – Cameron Highland

Saya berehat sahaja di rumah dan melakukan kerja-kerja rumah yang sepatutnya, melayan anak-anak saya terutama sikecik yang bernama Kamila Massara yang baru berusia setahun jagung..

KL-Cameroon Highland

Pagi lagi saya dah bersiap nak ke KL, risau jugak sangkut trafic jam kat tol Jln Duta, sampai di KL awal lagi, then saya ambik kesempatan untuk minun dan baca paper dulu..

Cuaca pada pagi itu amat baik, kami memulakan perjalanan ke Cameron Highland kira-kira jam 9am, dalam perjalanan saya singgah di Batu Cave untuk membuat lawatan di Hindu Temple yang terbesar di Malaysia, terdapat 272 anak tangga untuk sampai ke temple cave, saya mencadangkan agar mereka membuat sedikit senaman dengan mendaki tangga tersebut untuk melihat temple tersebut dengan lebih dekat. Manakala saya hanya menanti di bawah sambil minum di gerai berhampiran. Setelah selesai melawat Bt. Cave, saya membawa mereka melawat ke kedai pewter berhampiran dan kemudian meneruskan perjalan menuju ke tol Sungai Buloh untuk masuk ke lebuhraya utara-selatan. Lebih kurang satu setengah jam perjalanan kami berhenti di R&R Tapah untuk rehat seketika dan melawat gerai buah-buahan disana, kemudian seperti biasa kami minum kopi sambil berbual-bual. Setelah itu kami teruskan perjalanan lagi, then keluar tol Tapah dan singgah di kilang membuat raga buloh, selepas lawatan itu saya terus menuju ke rumah rehat Tapah untuk makan tengah hari, coffe haouse di rumah rehat Tapah agak istimewa, kerana makanannya sedap,

Lata Iskandar waterfall

Lata Iskandar waterfall

tempat cantik dan pemandangan yang menarik. Sesudah menjamu selera perlahan-lahan kami bergerak ke kawasan air terjun Lata Iskandar pula untuk menikmati keindahan alam semulajadi, disini kami berada diketinggian 1400 meter dari paras laut. Perjalanan kami ke Cameron Highland tinggal kira-kira 40km sahaja lagi, tapi oleh kerana jalan yang berliku perjalanan akan mengambil masa kira-kira 45minit.

Dalam perjalanan saya berhenti lagi, kali ni di rumah ‘Michel’. Sebenarnya Michel ni orang asli, kami melawat rumah Michel yang dibuat daripada buloh, lantai dan dinding buloh dan atap daun palas. Rumah Michel agak ‘daif’ tapi dia sudah biasa dengan keadaan ini. Saya memang kenal sangat dengan Michel ni sebab dah biasa jumpa dia. Selepas itu kami terus ke cmhDSC06243 dan sebelum ke hotel kami membuat lawatan singkat di sana, kerana esok pagi kami akan ke Pulau Pinang pula, jadi masa agak suntuk disini. Mula-mula saya bawa mereka ke taman rama-rama, kemudian ke BOH plantation. Pada waktu itu sudah lewat petang saya kemudian menghantar mereka ke hotel Strawberry Park Resort manakala saya seperti biasa akan menumpang di farmhouse sahabat saya di sana.

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Melaka-Putrajaya-KL

Pagi tu kami bergerak dari Melaka jam 9am. Saya ikut tol Ayer Keroh menuju ke KL, dalam perjalanan kami singgah minum di hentian R&R Seremban dan kemudian ke Putra Jaya. Sampai di Putra Jaya, saya berhenti di dataran Putra Jaya, depan pejabat PM dan masjid Putra Jaya. Sambil melawat kawasan sekitar, saya beri penerangan kepada mereka tentang Bandar baru Putra Jaya ni, then turun ke bawah dekat tasik dengan menikmati pemandangan indah di kawasan tersebut. Setelah beberapa ketika kami menyambung perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, sampai di KL saya singgah di medan ikan bakar Jln Belamy belakang istana Negara untuk makan tengah hari, seperti biasa saya akan buat pesanan ikan bakar dan 2-3 jenis lauk yang lain. Sebenarnya tugasan saya sudahpun habis pada waktu ini, tapi memandangkan waktu masih panjang saya mencadangkan supaya city tour untuk hari esok dilakukan pada hari ini, alasanya esok mereka boleh berehat panjang dan melakukan aktiviti sendiri, mereka kata cadangan saya sangat baik’ hehe, sebenarnya saya yang nak rehat esok, tak payah keja tapi claim sama jugak..

Lepas makan saya terus buat ‘city tour’, mula-mula istana Negara, kemudian Thean Hou Temple, then tugu Negara, Orchid garden, Masjid Negara, Stesyen kereta api, Dataran Merdeka, Jadi Batik dan akhir sekali KLCC view point. Sebelum hantar mereka ke hotel saya singgah dulu di restoran mamak Pelita di jalan ampang berdekatan KLCC, minum teh tarik, rasa papedom sambil berbual dan melihat-lihat orang ramai di situ. Selepas menghantar mereka ke hotel, saya pun pulang ke rumah di shah alam dengan perasaan yang senang hati..

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Kembara bersama Mr/Mrs Holarcher

Saya mengembara lagi. Kira-kira 3 hari berehat dirumah selepas habis tugasan saya bersama Jacqueline Spuehler, saya mendapat tugasan baru. Kali ini perjalanan saya agak jauh, saya ditugaskan untuk membuat ‘roundtour’ selama 10hari. Local agent saya adalah RMG Tours, melalui Mr Tom Koh. Tom Koh ni sebenarnya tourguide juga, tapi beliau pandai cakap German kerana pernah tinggal di Switzerland selama beberapa tahun,.

Hari pertama,. 28April 09, Tampin – Melaka

Saya keluar dari rumah seawal jam 7am kerana saya ada pertemuan dengan Tom Koh untuk menyelesaikan beberapa urusan bersama beliau. Kemudian, saya meneruskan perjalanan melalui lebuhraya utara-selatan menuju ke Simpang Ampat/Alor Gajah. Keluar dari tol saya terus menuju ke Tampin untuk ke stesen kereta api Tampin. Kerana saya akan menjemput mr&mrs Holarcher yang menaiki kereta api dari Singapore dan dijangka tiba pada jam 12.45pm. Sementara menunggu kereta api tiba, biasanya saya akan cari surat khabar dan kedai kopi dulu, sebab bagi saya pekena kopi dan baca paper dapat merehatkan minda. Kemudian apabila waktu hampir tiba, saya terus menanti mr&mrs Holarcher di platform ketibaan, sebaik sahaja kereta api tiba dan penumpang turun dari gerabak saya terus dapat mengenal pasti ‘guest’ yang saya tunggu-tunggu sejak dari tadi lagi. Bukan susah nak kenal mereka kerana tidak ramai orang putih yang turun dari kereta api tu. Lantas saya menghampiri mereka dan buat-buat tanya ‘ini mr&mrs Holacher kan.. bila mereka jawap ‘ya’ saya terus memperkenalkan diri saya kepada mereka seperti biasalah. Saya bawa mereka ke kereta, loading barang then terus jalan menghala ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Dalam perjalanan tu saya berbual dengan mereka dan membuat suai-kenal dan sedikit lawak simple bagi menarik perhatian mereka. First Impression memang macam ni, apa-apa hal kita kena ‘tackle’ mereka dulu, tunjuk baik sket and ‘caring’, bagi mereka suka dengan kita, bila dah ada ‘chemistry’ baru senang nak buat kerja, apa kita cakap semua mereka percaya.

Sampai di Melaka saya bawa mereka lunch di Restoran Peranakan Baba and Nyonya, di jalan Tun Tan Cheng Lock sebelah Jonker Street. Kami makan masakan baba & Nyonya style, menu seperti biasa, udang masak lemak nenas, fillet ikan sweet sour, ayam berempah, sayur campur, dan buah-buahan. Memang lazat masakan baba & nyonya ni, sampai berpeluh mereka makan. Lepas menjamu selera, kami mulakan pengembaraan di Melaka, mula2 melawat tokong cina antara yang tertua di Malaysia iaitu Teng Hoon Cheng Temple, kemudian Masjid Kampung Kling juga antara yang tertua di Malaysia, kemudian kami berjalan di Jongker Walk, melihat-lihat kedai antic dan cendera mata. Setelah penat berjalan saya cadangkan kepada mereka untuk balik ke hotel dulu rehat dalam satu jam then kita sambung tour lagi, mereka kata okay je.. diperingkat ini saya dah ada ‘chemistry’ dengan mereka. Saya terus ke hotel Equatorial untuk menghantar mereka, manakala saya sendiri check-in di Fairway hotel berdekatan dengan hotel EQ. Selepas mandi, solat dan rehat seketika saya pun keluar untuk menyambung tour kami, saya bertemu mereka di hotel dan terus bawa mereka ke bangunan Stadhyus, parking kereta disana dan kami berjalan kaki ke crist churh dan kawasan sekitar, kemudian naik ke atas semula untuk ke st’ paul hill bagi melihat peninggalan sejarah penjajah eropah, portugis dan belanda kemudian british. Seterusnya kami turun menuju ke pintu gerbang A famosa (yang bereti famous atau popular), selepas itu kami terus berjalan melewati muzium-muzium yang banyak terdapat di Melaka dan akhirnya sampai di tempat parking kereta saya. Kemudian saya membawa mereka melawat kampung Morten, satu-satunya kampung tradisional melayu Melaka yang masih wujud di tengah-tengah Bandar Melaka. Kampung ni memang unik dan cantik sangat, saya bawa mereka singgah di salah sebuah rumah penduduk kampong tersebut iaitu rumah pak Ibrahim. Pak Ibrahim dan Isteri menyambut kami dengan mesra dan saya bawa mr/mrs holarcher meninjau kedalam rumah pak Ibrahim yang dijaga begitu rapi sekali. Sesudah melawat rumah tradisional orang Melaka, kami pun beredar dari kg. Morten kerana tour pada petang itu sudahpun berakhir, bagaimanapun Mr/Mrs Holarcher meminta saya meninggalkan mereka di hadapan bangunan merah kerana mereka ingin berjalan kaki untuk pulang ke hotel. Maka selesailah tugasan saya pada hari itu dan saya terus kembali ke hotel Fairway untuk berehat.

Senja tu saya keluar makan di gerai asam pedas dekat foodcourt sebelah sungai melaka. Asam pedas tenggiri kat sini memang ada taste,. Kalau datang Melaka saya mesti nak makan asam pedas kat sini, lagi best dari asam pedas pokok besar, kota laksamana.

May 18, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Travel with Jaqueline Spuehler

Assalamualaikum whb.

Awal pagi tu saya bergerak dari Parit Buntar menuju ke Penang,. Ada assignment, guiding sorang minah saleh dari Switzerland. Sampai di hotel E&O saya pun bertemu dengan seorang wanita pertengahan umur, kira-kira 42 tahun agaknya.

Seperti biasa mengikut protokol saya perkenalkan diri, dan berbual seketika. Kemudian kami pun memulakan perjalanan menuju ke Cameron Highland. Dalam perjalanan memang banyak benda yang kami bualkan, butik maktamtak sangka dia ni memang kelakar orangnya, bila bercakap siap dengan tangan pun bercakap jugak.. Kami lalu ikut jambatan Pulau Pinang, kemudian masuk lebuh raya utara selatan, kira-kira sejam perjalanan saya singgah di Kuala Kangsar, melawat Masjid Ubuddiah, Istana Iskandariah dan juga Istana Kenangan. Istana Iskandariah bukannya boleh masuk dalam cuma sekadar melawat dari luar dan berhenti sebentar di kawasan ‘heli-pad’ untuk ambik gambar. Walau bagaimanapun di Istana Kenangan memang sangat unik, Istana Kenangan atau Istana Tapas ni sekarang dah jadi Muzium Di Raja, dulu masa Istana besar Iskandariah sedang dalam pembinaan Sultan Iskandar bersemayam di Istana kayu ini sementara untuk menanti Istana besar siap dibina.

Selesai melawat Kuala Kangsar Bandar Di Raja, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya iaitu Bandaraya Ipoh. Saya berhenti seketika di Padang Ipoh, melihat-lihat kawasan sekeling, memang menarik kerana terdapat banyak bangunan bersejarah peninggalan penjajah British seperti St. Michael School, Bangunan Mahkamah tinggi Ipoh, Stesen Kereta api dan banyak lagi bangunan yang bercirikan moorish. Sebenernya Ipoh ni adalah antara bandar kegemaran saya kerana ia berdekatan dengan kebun saya di Batu Gajah, Cuma kira-kira 15km sahaja dari pusat bandar, lagipun saya memang banyak maklumat pasal ipoh.

DSC06306

Padang, Ipoh

Pada zaman British dulu, Ipoh sangat terkenal dan amat kaya dengan sumber galian iaitu bijih timah, ramai tauke-tauke lombong jadi kaya disebabkan harga bijih timah yang tinggi pada masa itu, kebanyakan mereka terdiri daripada orang cina yang merantau ke negeri ini dan seterusnya membina empayar perniagaan berasaskan lombong bijih timah. Bandar Ipoh dikelilingi oleh bukit batu kapur yang sangat indah, sekiranya kita berdiri di tempat yang agak tinggi di tengah-tengah bandaraya Ipoh, kita akan dapat melihat bukit-bukit batu kapur tersebut dengan jelas. Menurut riwayat pada era tersebut, masyarakat cina di Ipoh mempercayai bahawa terdapat seekor naga yang mendiami salah sebuah bukit batu kapur itu yang menjaga kemakmuran penduduk di Ipoh, lantaran ekonomi mereka sangat baik pada waktu itu. Mereka memanggil naga tersebut dengan paggilan ‘Taiko’.

Tetapi malangnya pada lewat tahun 1930an, ekonomi pada ketika itu jatuh merundum dengan teruk sekali, harga bijih timah terjejas teruk. Maka tercetuslah panic dikalangan pengusaha lombong, ada yang bankrap dan ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri bagi mengelakkan

Sam Poh Tong Temple, Ipoh

Sam Poh Tong Temple, Ipoh

kesusahan yang dihadapi.. Masyarakat cina pada ketika itu mempercayai bahawa naga yang bernama ‘Taiko’ tersebut telah mati atau ditimpa kecederaan dan tidak dapat lagi membawa kemakmuran kepada mereka.

Setelah beberapa tahun melalui krisis ekonomi tersebut, telah berlaku suatu kemalangan yang amat dahsyat di sebuah bukit batu kapur di Ipoh, bukit batu kapur tersebut runtuh lalu mengenai lebih 30 orang penduduk di kawasan terbabit, kesemua mereka dilaporkan meninggal dunia. Akibat dari kejadian tersebut, masyarakat cina di Ipoh mula mengesyaki ‘Taiko’ telah kembali. Mereka mula mencari-cari apakah perniagaan yang sesuai dilakukan ketika itu, dan dengan melakukan sedikit ‘research’ di kawasan bukit batu kapur yang runtuh tersebut mereka menemui kepingan batu marmar yang cantik-cantik belaka. Bermula dari situ mereka telah memulakan perniagaan dengan memotong batu-batu marmar kepada kepingan yang kecil supaya dapat dijadikan lantai rumah yang cantik.

Kini, terdapat banyak kilang marmar yang berkembang dengan pesat di Ipoh, terdapat juga syarikat dari luar negara yang menjalankan perniagaan ini di Ipoh dan juga kuari yang memproses batu untuk pembinaan jalan raya dan sebagainya. Sementara itu terdapat juga syarikat2 yang menjalankan perniagaan menjual mesin-mesin berat seperti kren, jentolak, excavator dan banyak lagi untuk kegunaan kuari dan sebagainya.

Itu hanyalah serba sedikit cerita tentang Ipoh yang dapat saya catatkan disini, mungkin lain kali insyaallah saya akan catatkan lagi.

Setelah berlegar seketika di Bandar Ipoh kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Simpang Pulai untuk makan tengah hari. Saya bawa Jaqueline makan ikan bakar, turun dari kereta dia mengenakan selendang kepala,j makan nasi sampai di restoran tu saya minta ikan keli bakar, ikan talapia merah bakar dan sayur keladi masak asam serta sambal belacan dan ulam. Saya tengok bukan main berselera lagi Jaqueline makan, tapi agak kekok sedikit sebab pertama kali makan guna tangan, nak belajar cara melayu katanya.

Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Cameron melalui Tapah, sampai Tapah saya bawa J ke kilang buat raga buluh, berhenti di sana dan beri penerangan serta ambil gambar. Kemudian terus ke air terjun Lata Iskandar,. Sementara saya berehat seketika di gerai akar kayu milik seorang kawan disitu, J terus sahaja mengexplore hutan rekreasi di sekitar air terjun Lata Iskandar dan kira-kira setengah jam barulah kami teruskan perjalanan.

Sampai di Cameron Highland dah agak lewat petang, saya terus sahaja ke hotel Lake House Resort dan minum dulu ‘welcome drink’ kat coffe house, DSC06245sementara tu kami berbual-bual dan berbincang tentang program untuk hari esok. Sebenarnya untuk hari esok dalam ‘tour pakage’ ni tidak ada program, free & leisure je.. Tapi biasanya bila tiada program, saya sebagai ‘tourguide’ akan cadangkan beberapa aktiviti untuk dilakukan pada keesokan harinya. Selalunya di Cameron kami akan melawat tempat-tempat seperti ladang teh Sungai Palas (BOH Tea), taman rama-rama, taman bunga, kebun sayur (KEA Farm) dan melakukan aktiviti ‘jungle walk’. Selesai checkin untuk J, saya seperti biasa akan buat hal sendiri. Biasa jumpa member dulu di Tanah Rata, sambil makan, minum dan berbual2 kemudian saya turun balik ke Habu untuk menginap di farm house milik seorang kawan disana (Abg Ali).

Sampai di farmhouse abg Ali dah agak lewat kira2 jam 7.30pm, lepas solat saya dijamu makan malam, abg Ali ni baik orangnya, bila saya datang macam2 lauk dimasaknya, gulai ayam dan macam2 sayur fresh dia masak nak bagi saya makan. Kebun abg Ali banyak sayur, boleh kata semua jenis sayur yang ditanam menjadi.

Cameroon Highland.

Pagi2 saya bangun jam 6.30am, mandi ‘hot shower’ then solat. Lepas tu kena secawan milo panas sementara tunggu abg Ali buat breakfast. Lepas breakfast saya lepak kejap then tolong abg Ali buat keja apa-apa yang patut. Tour saya dengan J lambat lagi, sebab J mintak buat tour jam 12pm, katanya dah penat jalan jauh then nak relax dulu layan internet la..

Jam 11.30 saya dah siap-siap kemas barang nak keluar jumpa J, sampai di Hotel saya tunggu sebentar then baru nampak J turun. Saya dan J terus masuk kereta dan beredar. Destinasi pertama, kami singgah di Bharat Tea, menikmati pemandangan ladang teh tepi jalan terbentang luas, tengok dari atas macam carpet hijau, sungguh indah panorama pada waktu tu, kombinasi ladang teh, hutan, bukit, air terjun dan sedikit awan di lereng bukit memang mengagumkan. Kemudian kami naik lagi ke atas melalui Tanah Rata, Brincang dan kemudian berhenti di Kea Farm market. Saya bawa J, jalan2 di gerai yang menjual bermacam jenis sayuran dan buah-buahan yang terdapat di cmh, kami juga melawat gerai yang menjual bunga-bunga segar dan madu lebah di pasar tu. Dalam lawatan tersebut saya akan menerangkan satu persatu hasil pertanian yang terdapat di cmh.

Selesai melawat Kea Farm market, kami meneruskan pengembaraan dengan menuju ke BOH Tea Sg, Palas. Sampai di kilang teh, saya bawa J masuk ke dalam kilang untuk memberi penerangan tentang proses2 penting pengeluaran teh tanah tinggi di Malaysia, bermula dari asal usul teh, penanaman, penjagaan, penuaian dan seterusnya pembuatan teh hitam. Kemudian kami ke ‘video room’ untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti syarikat BOH tea.

Di BOH tea kami juga meluangkan masa untuk minum teh di kedai teh yang disediakan. Pemandangan disini cukup indah, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Dalam perjalanan keluar dari BOH tea, kami sempat berhenti melihat kerja-kerja menuai daun teh, J seperti biasa dengan Canon EOSnya sibuk merakamkan gambar2 pekerja ladang sedang bekerja. Kami teruskan perjalanan lagi, saya bawa J melalui kampung Melayu yang pertama di Cameron Highland iaitu Kg. Taman Sedia. Di sana kami singgah minum di kedai seorang kawan, Faizal namanya. Dulu Faizal ni bekerja sebagai chef di hotel tapi kini dah buka kedai sendiri, kami berbual panjang, Faizal seronok bercerita dengan J, macam-macam info keluar.

Kira2 45minit berbual dengan Faizal, kami meneruskan perjalanan lagi, kali ni ke Robinson Fall, path 9, di Tanah Rata. Sampai di sana kami mulakan ‘jungle trekking’ yang tak seberapa tu, tapi ia amat bermakna bagi J. Saya fikir J amat berpuas hati dengan program kami hari ini.

Cameron Highland – Kuala Tembeling

Pagi-pagi lagi saya dah keluar dari rumah kebun abg Ali, hari ni saya breakfast kat luar sebab nak cepat sebab perjalanan saya agak jauh hari ni. Kira-kira jam 8am saya dan J dah mulakan perjalanan, mengikut jadual, kami dikehendaki sampai di jeti Kuala Tembeling sebelum jam 1.45pm kerana bot akan berlepas pada waktu itu. Saya menghala ke Gua Musang, Kelantan melalui Lojing, kira-kira 1jam 45minit, kami tiba di Gua Musang dan berhenti seketika untuk ‘refreshment’. Kami minum kopi di gerai sebelah Petronas, then teruskan perjalanan lagi menuju

ke Kuala Lipis, sampai di sana saya ikut jalan dalam terus menuju ke Kuala Tembeling. Tepat jam 1.00pm kami tiba di jeti K.Tembeling, selesai check-in dengan Mutiara Resort Taman Negara dan bayar cukai masuk serta cukai camera. Kami makan tengah hari dulu di jeti tersebut sambil berbual, bertukar email dan sebagainya, saya meminta J menulis dalam ‘personal guest book’ saya. Biasalah, hari ni adalah hari terakhir saya berkhidmat untuk J, pada kebiasaannya saya memang tidak lupa untuk meminta setiap pelancong yang saya bawa untuk menulis sesuatu di dalam buku tetamu saya sebagai kenangan atau rujukan dimasa hadapan.

Setelah J menaiki bot panjang untuk ke taman Negara, saya terus menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke Shah Alam. Dalam perjalanan teringat pula ada seorang kawan yang tinggal di Kuala Krau, Jerantut, kawan sekampung saya. Namanya Zubir, saya menghubungi Zubir untuk bertemu denganya di pekan Kuala Krau, tapi sebaliknya dia pula yang mengajak saya datang kerumahnya untuk makan nasi, saya beritahu dia yang saya dah makan tapi di berkeras mengatakan semuanya dah disiapkan. Terpaksalah saya menerima pelawaan Zubir. Selesai makan, kami berbual seketika dan tibalah masa untuk saya meneruskan perjalanan. Dari Kuala Krau saya menuju ke Temerloh dan masuk ke lebuhraya timur barat, kemudian melalui Lancang, Bentong, Genting Sempah dan akhirnya tiba di tol Gombak. Kira-kira 3jam setengah perjalanan, saya selamat sampai ke rumah saya di Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Sekian…

May 18, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment