Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

petani

land clearance

Peringkat permulaan saya menjalankan projek kebun sayur ini dengan menanam beberapa jenis sayuran seperti kacang bendi, timun, kacang buncis, kacang panjang, bayam, terung dan jagung.. Saya mengusahakan tanaman ni sebagai percubaan dan pembelajaran dalam bidang pertanian ini, maklumlah saya tiada pengalaman dalam bidang ni. So, kena ‘try and error’ dulu la. Memang perit rupanya buat kebun ni, namun saya tabahkan jugak hati, disamping tu cuba cari jalan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran.Berkebun ni memang mencabar rupanya, apatah lagi dengan modal yang tak seberapa, cetek pengalaman di tambah pulak dengan kawasan tanah yang tak berapa ada tanah sebab kawasan lombong

power tillerSelepas membuat ‘land clearance’ kena la buat batas pulak, mujur ada mesin power tiller, walaupun kecik tapi sangat membantu, tak la penat sangat menyangkul.. Sebelum ada mesin tu saya cangkul je tanah tu, ada la rasa macam nak patah pinggang, terkoyak kulit tapak tangan.. adat berkebun la tu..
bendi&kacangbuncisMasa berlalu begitu pantas, sedar-sedar tanaman saya dah pun besar. Hasilnya tak la seberapa, tapi boleh la nak survive, pengalaman saya yang amat berguna, kalau nak buat kebun dengan skala kecil dan sederhana kena tumpukan hanya 1,2 atau 3 jenis tanaman sahaja. Senang nak monitor, baja, racun ulat, racun rumpai dan penjagaan lain.
timunTimun/cucumber
Abg Yeop/Muhammad Amsyar,  anak sulong saya di kebun sayur. Penjagaan tanaman timun ni rumit jugak, hari-hari kena petik sebab tak nak tua. Daun kena selalu buang, baru pokok cantik.
amsyar&bayam
Abg Yeop tengah menggayakan bayam merah sambil tersenyum simpul,.
Bayam saya tanam di batas tanaman bendi dan timun, sementara tunggu bendi dan timun keluar hasil dapat lah tuai bayam dulu, sebab bayam cepat hidup, kira-kira 28 hari je.
jagung2
Jagung kampung (TSS) subur dan menjadi, tapi malangnya kebun saya terkena serangan babi tunggal yang mengganas di kebun saya. Hampir 30% dari 1ekar jagung musnah dikerjakan babi tersebut. Akhirnya saya terpaksa membela 2ekor anjing untuk guard kebun. Nama anjing saya al-rhokeen, ibu mertua saya yang bagi nama tu. Yang sekor lagi belum ada nama lagi

1 Comment »

  1. This is the begining of my journey

    Comment by travellersgate | May 19, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: