Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

Belanda

Assalamualaikum whb.

Bermula hari ini saya ada satu tugasan baru., Kali ni dengan Pegasus Travel, saya akan membuat pengembaraan singkat  dengan pasangan dari The Hague Belanda.

Advertisements

June 4, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Aku belum bersedia

Sesungguhnya aku belum bersedia untuk mengembara di medan hakiki menemui penciptaku yang maha Esa.. Dosa ku,. ya Allah ampunilah aku, bekalkalah aku dengan secukupnya bagi menemui mu. Ameen ya Rabbal Alameen.

June 4, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kereta sewa dan Pakistan

Hari ini, pagi 22 may 09 saya pergi ke Kedutaan Pakistan, hantar kereta kelisa. Saya dapat sewakan kereta ni selama 2 bulan kepada staff Pakistan Embassy di Kuala Lumpur, Mdm Roxana namanya, harap-harap beliau dapat menjaga kereta kesayangan isteri saya ni sebaik mungkin. Sebenarnya berurusan dengan orang Pakistan ni susah sikit, mereka ni berlagak lebih tapi bukannya bagus sangat.. Pengalaman saya, saya pernah mengikuti deligate PM Pakistan, Reza Gillani baru2 ni. Kebetulan malam tu saya ditugaskan untuk menyertai konvoi mereka dari KL ke Genting Highland, Saya ditugaskan untuk ’backup escot’ sahaja. Tapi bila konvoi dah nak balik, mereka minta saya standby coz anak PM nak sambung main judi kat casino, saya dan 3 buah kenderaan lain lagi terpaksa tunggu mereka sampai lewat pagi, punya la angin satu badan saya terpaksa bersubahat dengan mereka pulak kat situ..

Selesai urusan kereta kelisa tu, saya minta driver embassy hantar saya di Bukit Bintang. Niat saya adalah untuk hantar laptop repair di Plaza Imbi, Maklum la laptop dah uzur terpaksa tukar inverter. saya ambik kempatan berlegar-legar, di sana melihat-lihat teknologi yang pesat berkembang, rasa macam tak terkejar dah teknologi sekarang ni. ada je benda baru..

June 4, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment