Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

Penang – Kota Bharu

Kami memulakan perjalanan tepat jam 9 pagi, saya menggunakan feri untuk ke tanah besar, didalam feri kami mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar untuk kenangan. Sampai di tanah besar kami menuju ke arah Kulim, kira-kira 25min perjalanan kami singgah sebentar di sebuah ladang betik yang agak luas di tepi jalan tersebut. Kami masuk melawat ke ladang betik seluas 50ekar tersebut dan menemui pemilik ladang itu yang bernama Ahwat. Sebenarnya Ahwat ni orang siam, beliau telah lama mengusahakan ladang ini, selain betik beliau turut menanam pisang dan juga jagung. Saya kagum dengan kegigihan Ahwat mengusahakan ladang ini, selain banyak kelengkapan moden yang dimiliki Ahwat beliau juga mahir menjaga ladang tersebut dengan baik dan dibantu oleh seramai 20 orang pekerja. Selepas lawatan itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Grik, dalam perjalanan kami hanya berdiam diri untuk menikmati pemandangan hutan tropika kurniaan Ilahi yang amat mengasyikan di kiri dan kanan jalan kemudian singgah lagi di kawasan rehat untuk ‘refreshment’, setelah minum kopi kami bergerak menuju ke Pulau Banding. Saya berhenti di jeti awam Pulau Banding untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha esa. Tasik Temenggor yang luas terbentang amat mengagumkan kami., tasik ‘buatan’ yang kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir, walau bagaimanapun ia mempunyai dasar yang paling dalam berbanding tasik-tasik lain di Malaysia. Selepas beberapa ketika di Pulau Banding kami meneruskan perjalanan lagi, dan seterusnya berhenti di kawasan rehat Titiwangsa, disini kami berada di altitude yang agak tinggi, dan tempat ini dikenali sebagai ‘top of the roof’ disini juga kami dapat melihat pemandangan hutan yang amat luas dan jelas serta amat menarik. Setelah meninjau kawasan sekitar kami makan dulu di restoran berhampiran., Dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, perjalanan agak jauh melalui hutan, ladang getah, kawasan kampung dan pekan kecil. Akhirnya kami tiba di Rantau Panjang, kami berhenti untuk berehat seketika dan melawat kawasan sekitar. Kami ke jeti pengkalan ‘ilegal’, seronok melihat aktiviti seharian

Sungai Golok, Rantau Panjang

Sungai Golok, Rantau Panjang

penduduk setempat, berulang-alik menaiki bot melintas sempadan tanpa ada apa-apa halangan. Setelah itu kami bersiar-siar di bazar besar Ranta Panjang dan singgah di sebuah restoran tempatan ntuk minum petang. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu kira-kira 45km dari ranta Panjang. Kami tiba di Renaissance Hotel sudah agak lewat petang. Setelah membantu mereka check-in hotel, saya seperti biasa membawa haluan saya sendiri. Biasanya cari hotel budget je, di Kota Bharu saya selalunya saya akan menginap di hotel milik kawan saya iaitu ‘Bob’. Bob ni

jeti Sg. Golok (illegal)

jeti Sg. Golok (illegal)

sebenarnya nature guide, beliau selalu buat ‘tour pakage’ ke Gunong Stong kat Gua Musang. Memang cantik sangat-sangat tempat tu. Setelah check-in, saya mandi dan solat dulu kemudian cari tempat makan. Biasanya saya akan ke Buloh Kubu, makan nasi kukus Zieman. Nasi kukus Zieman memang meletup, try sekali mesti cari lagi. Cayalah Zieman…

Advertisements

May 19, 2009 - Posted by | my journey

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: