Gerbang Pengembaraan

sudahkah kita bersedia untuk pengembaraan hakiki?!

Penang – Kota Bharu

Kami memulakan perjalanan tepat jam 9 pagi, saya menggunakan feri untuk ke tanah besar, didalam feri kami mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar untuk kenangan. Sampai di tanah besar kami menuju ke arah Kulim, kira-kira 25min perjalanan kami singgah sebentar di sebuah ladang betik yang agak luas di tepi jalan tersebut. Kami masuk melawat ke ladang betik seluas 50ekar tersebut dan menemui pemilik ladang itu yang bernama Ahwat. Sebenarnya Ahwat ni orang siam, beliau telah lama mengusahakan ladang ini, selain betik beliau turut menanam pisang dan juga jagung. Saya kagum dengan kegigihan Ahwat mengusahakan ladang ini, selain banyak kelengkapan moden yang dimiliki Ahwat beliau juga mahir menjaga ladang tersebut dengan baik dan dibantu oleh seramai 20 orang pekerja. Selepas lawatan itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Grik, dalam perjalanan kami hanya berdiam diri untuk menikmati pemandangan hutan tropika kurniaan Ilahi yang amat mengasyikan di kiri dan kanan jalan kemudian singgah lagi di kawasan rehat untuk ‘refreshment’, setelah minum kopi kami bergerak menuju ke Pulau Banding. Saya berhenti di jeti awam Pulau Banding untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha esa. Tasik Temenggor yang luas terbentang amat mengagumkan kami., tasik ‘buatan’ yang kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir, walau bagaimanapun ia mempunyai dasar yang paling dalam berbanding tasik-tasik lain di Malaysia. Selepas beberapa ketika di Pulau Banding kami meneruskan perjalanan lagi, dan seterusnya berhenti di kawasan rehat Titiwangsa, disini kami berada di altitude yang agak tinggi, dan tempat ini dikenali sebagai ‘top of the roof’ disini juga kami dapat melihat pemandangan hutan yang amat luas dan jelas serta amat menarik. Setelah meninjau kawasan sekitar kami makan dulu di restoran berhampiran., Dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, perjalanan agak jauh melalui hutan, ladang getah, kawasan kampung dan pekan kecil. Akhirnya kami tiba di Rantau Panjang, kami berhenti untuk berehat seketika dan melawat kawasan sekitar. Kami ke jeti pengkalan ‘ilegal’, seronok melihat aktiviti seharian

Sungai Golok, Rantau Panjang

Sungai Golok, Rantau Panjang

penduduk setempat, berulang-alik menaiki bot melintas sempadan tanpa ada apa-apa halangan. Setelah itu kami bersiar-siar di bazar besar Ranta Panjang dan singgah di sebuah restoran tempatan ntuk minum petang. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu kira-kira 45km dari ranta Panjang. Kami tiba di Renaissance Hotel sudah agak lewat petang. Setelah membantu mereka check-in hotel, saya seperti biasa membawa haluan saya sendiri. Biasanya cari hotel budget je, di Kota Bharu saya selalunya saya akan menginap di hotel milik kawan saya iaitu ‘Bob’. Bob ni

jeti Sg. Golok (illegal)

jeti Sg. Golok (illegal)

sebenarnya nature guide, beliau selalu buat ‘tour pakage’ ke Gunong Stong kat Gua Musang. Memang cantik sangat-sangat tempat tu. Setelah check-in, saya mandi dan solat dulu kemudian cari tempat makan. Biasanya saya akan ke Buloh Kubu, makan nasi kukus Zieman. Nasi kukus Zieman memang meletup, try sekali mesti cari lagi. Cayalah Zieman…

Advertisements

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Cameron Highland – Penang

CMH – Penang

Awal pagi lagi saya dah keluar menuju ke Tanah Rata, saya singgah minum dulu di kedai seorang kawan ‘sinar pagi’, kemudian terus ke hotel untuk mengambil mr/mrs Holarcher. Kami mulakan pengembaraan denganDSC06236 singgah di gerai menjual hasil pertanian dari Cameron Highland, di Kea Farm. Setelah itu kami terus menuju kearah Kuala Terla – Kg. Raja – Simpang Pulai dan Batu Gajah, kami singgah di Kelly Castle untuk membuat lawatan disana. Kebetulan KC amat berdekatan dengan kebun saya dan juga rumah ibu mertua saya, saya membuat kejutan dengan membawa mereka lunch di rumah ibu mertua saya, mula-mula mereka agak malu untuk menerima pelawaan saya kerana ia adalah diluar tour program, tapi saya katakana semuanya telah dirancang dengan baik barulah mereka bersetuju. Di rumah, ibu telah menyiapkan hidangan yang lazat-lazat, siap dengan gulai lemak ikan tilapia, Ikan jelawat bakar dan air asam, ikan masin, sambal belacan, pucuk ubi rebus dan ikan goreng. Mereka makan dengan penuh selera. Mrs Holarcher tak putus-putus puji masakan ibu. (hingga dihujung tour kami, mereka cakap makan dirumah ibu sayalah yang paling sedap dan amat bermakna bagi mereka). Selepas itu saya bawa mereka melawat kebun saya yang tak seberapa tu, nampaknya mereka amat gembira dengan ‘free optional tour’ ni. Kami sambung muzium diraja kkperjalanan lagi dengan menuju ke Kuala Kangsar, disana seperti biasa saya bawa mereka melawat Masjid Ubuddiah, Istana Iskandariah, Muzium di RajaDSC06309 dan akhir sekali kami melawat pokok getah yang pertama di tanam di Malaysia. Setelah itu kami bergerak menuju ke Penang melalui lebuh raya utara-selatan, kemudian masuk melalui jambatan Pulau Pinang. Sampai di hotel, saya mencadangkan kepada mr/mrs Holarcher untuk keluar makan malam di Batu Feringgi dan melawat pasar malam seperti ‘china town’ yang terdapat di sana. Mereka bersetuju dan saya akan kembali untuk mengambil mereka kira-kira sejam selepas itu kerana saya pun nak chek-in jugak, mandi dan solat dulu. Jam 7.45pm saya sampai di hotel mereka dan kami terus ke Batu Feringgi. Mula-mula makan dulu di Long Beach foodcourt, kami makan char koey tiaw, sate dan spring roll, kemudian berjalan-jalan di pasar malam sambil memerhatikan gelagat orang ramai disana. Kira-kira 2jam kami menghabiskan masa di Batu Feringgi, kami pun pulang ke hotel di George Town.

George Town.

Saya bersarapan di gerai mamak berhampiran hotel, kena roti canai daging memang terangkat jugak,. Kemudian saya menjemput mr/mrs Holarcher di hotel untuk menjelajah George Town. Mula-mula kami ke Thai temple ‘Watchayyamangalaram’ (kawan-kawan tourguide paggil wacayasamalu), disini terdapat sleeping Buddha yang ke2 terbesar di Malaysia, kemudian kami ke Burmese temple, botanical garden, Fort Cornwallis, Chew Jetty, Khoo Kongsi dan kemudian makan di little India (restoran Tajuddin), restoran ni memang top kat Penang, nasi kandarnya sedap (style masak macam di rumah), kami makan gulai ayam belanda dan ayam masak ros serta sedikit udang. Setelah penat makan saya bertanya adakah mereka ingin kemana-mana lagi kerana tour kita telah habis, mereka kata nak rehat di hotel, sebenarnya inilah masa yang saya nanti-nantikan, bolehlah saya pun berehat panjang kerana perjalan esok agak jauh kira-kira 370 km ke Kota Bharu, Kelantan.

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

KL – Cameron Highland

Saya berehat sahaja di rumah dan melakukan kerja-kerja rumah yang sepatutnya, melayan anak-anak saya terutama sikecik yang bernama Kamila Massara yang baru berusia setahun jagung..

KL-Cameroon Highland

Pagi lagi saya dah bersiap nak ke KL, risau jugak sangkut trafic jam kat tol Jln Duta, sampai di KL awal lagi, then saya ambik kesempatan untuk minun dan baca paper dulu..

Cuaca pada pagi itu amat baik, kami memulakan perjalanan ke Cameron Highland kira-kira jam 9am, dalam perjalanan saya singgah di Batu Cave untuk membuat lawatan di Hindu Temple yang terbesar di Malaysia, terdapat 272 anak tangga untuk sampai ke temple cave, saya mencadangkan agar mereka membuat sedikit senaman dengan mendaki tangga tersebut untuk melihat temple tersebut dengan lebih dekat. Manakala saya hanya menanti di bawah sambil minum di gerai berhampiran. Setelah selesai melawat Bt. Cave, saya membawa mereka melawat ke kedai pewter berhampiran dan kemudian meneruskan perjalan menuju ke tol Sungai Buloh untuk masuk ke lebuhraya utara-selatan. Lebih kurang satu setengah jam perjalanan kami berhenti di R&R Tapah untuk rehat seketika dan melawat gerai buah-buahan disana, kemudian seperti biasa kami minum kopi sambil berbual-bual. Setelah itu kami teruskan perjalanan lagi, then keluar tol Tapah dan singgah di kilang membuat raga buloh, selepas lawatan itu saya terus menuju ke rumah rehat Tapah untuk makan tengah hari, coffe haouse di rumah rehat Tapah agak istimewa, kerana makanannya sedap,

Lata Iskandar waterfall

Lata Iskandar waterfall

tempat cantik dan pemandangan yang menarik. Sesudah menjamu selera perlahan-lahan kami bergerak ke kawasan air terjun Lata Iskandar pula untuk menikmati keindahan alam semulajadi, disini kami berada diketinggian 1400 meter dari paras laut. Perjalanan kami ke Cameron Highland tinggal kira-kira 40km sahaja lagi, tapi oleh kerana jalan yang berliku perjalanan akan mengambil masa kira-kira 45minit.

Dalam perjalanan saya berhenti lagi, kali ni di rumah ‘Michel’. Sebenarnya Michel ni orang asli, kami melawat rumah Michel yang dibuat daripada buloh, lantai dan dinding buloh dan atap daun palas. Rumah Michel agak ‘daif’ tapi dia sudah biasa dengan keadaan ini. Saya memang kenal sangat dengan Michel ni sebab dah biasa jumpa dia. Selepas itu kami terus ke cmhDSC06243 dan sebelum ke hotel kami membuat lawatan singkat di sana, kerana esok pagi kami akan ke Pulau Pinang pula, jadi masa agak suntuk disini. Mula-mula saya bawa mereka ke taman rama-rama, kemudian ke BOH plantation. Pada waktu itu sudah lewat petang saya kemudian menghantar mereka ke hotel Strawberry Park Resort manakala saya seperti biasa akan menumpang di farmhouse sahabat saya di sana.

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment

Melaka-Putrajaya-KL

Pagi tu kami bergerak dari Melaka jam 9am. Saya ikut tol Ayer Keroh menuju ke KL, dalam perjalanan kami singgah minum di hentian R&R Seremban dan kemudian ke Putra Jaya. Sampai di Putra Jaya, saya berhenti di dataran Putra Jaya, depan pejabat PM dan masjid Putra Jaya. Sambil melawat kawasan sekitar, saya beri penerangan kepada mereka tentang Bandar baru Putra Jaya ni, then turun ke bawah dekat tasik dengan menikmati pemandangan indah di kawasan tersebut. Setelah beberapa ketika kami menyambung perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, sampai di KL saya singgah di medan ikan bakar Jln Belamy belakang istana Negara untuk makan tengah hari, seperti biasa saya akan buat pesanan ikan bakar dan 2-3 jenis lauk yang lain. Sebenarnya tugasan saya sudahpun habis pada waktu ini, tapi memandangkan waktu masih panjang saya mencadangkan supaya city tour untuk hari esok dilakukan pada hari ini, alasanya esok mereka boleh berehat panjang dan melakukan aktiviti sendiri, mereka kata cadangan saya sangat baik’ hehe, sebenarnya saya yang nak rehat esok, tak payah keja tapi claim sama jugak..

Lepas makan saya terus buat ‘city tour’, mula-mula istana Negara, kemudian Thean Hou Temple, then tugu Negara, Orchid garden, Masjid Negara, Stesyen kereta api, Dataran Merdeka, Jadi Batik dan akhir sekali KLCC view point. Sebelum hantar mereka ke hotel saya singgah dulu di restoran mamak Pelita di jalan ampang berdekatan KLCC, minum teh tarik, rasa papedom sambil berbual dan melihat-lihat orang ramai di situ. Selepas menghantar mereka ke hotel, saya pun pulang ke rumah di shah alam dengan perasaan yang senang hati..

May 19, 2009 Posted by | my journey | Leave a comment